Putrajaya:
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 581,505 kes
perceraian pasangan Islam didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negara
dari 2003 hingga 31 Disember lalu.
Ketua
Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, daripada jumlah itu, 544,804 kes
berjaya diselesaikan manakala 36,701 kes lagi masih dalam proses
perbicaraan.
Katanya, jenis perceraian pula adalah cerai mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) sebanyak 16,865 kes diikuti cerai fasakh sebanyak 5,528, cerai taklik (2,111), cerai khulu’ atau tebus talak (86) dan pengesahan cerai di luar mahkamah sebanyak 12,111 kes.
“Selain
itu, bagi tempoh sama Selangor menjadi negeri yang mencatat permohonan
pendaftaran perceraian tertinggi, diikuti Johor, Kelantan dan Wilayah
Persekutuan manakala perceraian paling rendah dicatat di Perlis, Melaka
dan Sarawak,” katanya.
Ibrahim
berkata, berdasarkan kajian, beberapa faktor lain turut mendorong
kepada perceraian, termasuk masalah berkaitan agama atau budaya yang
mungkin disebabkan pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap
agama, berlainan haluan atau kurang pengetahuan dan pendedahan agama.
Selain
itu, pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada
kepuasan seks antara tiga masalah seksual yang mencatat peratusan
tertinggi sehingga menyebabkan perceraian dan ia biasanya berlaku dalam
kalangan pasangan muda berusia 35 tahun ke bawah.
“Punca
lain termasuk suami atau isteri tidak bertanggungjawab kerana
mementingkan diri, suami tidak memberi nafkah zahir batin dan keadaan
isteri yang sering meminta cerai.
“Ada
segelintir isteri sering meminta dicerai apabila berlaku perselisihan
faham dan ketika kemarahan menguasai diri serta tercabar dengan
permintaan isteri selepas diugut berkali-kali, tidak mustahil lafaz
cerai keluar daripada mulut suami,” katanya.
Bagaimanapun,
masalah kesihatan bukan perkara utama yang mendorong kepada perceraian,
namun ada dalam kalangan pasangan yang kuat merokok, sakit tua, sering
sakit, menghidap penyakit HIV atau AIDS dan lumpuh boleh menyumbang
kepada perceraian.
Katanya,
pasangan tidak jujur, suka mengongkong atau ‘king’ serta ‘queen
control’ sering berfoya-foya dan berjudi juga satu lagi sebab berlaku
perceraian.
Selain
itu, Ibrahim berkata, tempoh rumah tangga yang kerap berdepan kes
perceraian adalah antara satu hingga enam tahun, dan tempoh itu dianggap
paling mencabar dalam institusi perkahwinan kerana peratusan perceraian
banyak berlakui.
Berdasarkan
kajian dilakukan, kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian
tertinggi adalah di kalangan umur 35 tahun ke bawah. “Statistik JKSM
dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes perceraian berlaku bagi
pasangan yang berkahwin bagi tempoh perkahwinan kurang tiga tahun,”
katanya.
Sumber myMetro
No comments:
Post a Comment