SEKADAR PERHIASAN
Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang,
makan perlahan-lahan, sederhana serta berkongsi makanan. Rasulullah
SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan
bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan
badan.
Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.
Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.
Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan mengambil dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
VIDEO : KEPENTINGAN MAKANAN HALAL
Daging kambing bahagian lengan depan
Sesungguhnya Rasulullah SAW suka memakan daging, terutama bahagian lengan dari daging seekor kambing. Abu Hurairah r.a. berkata:
“Suatu ketika dihidangkan ke hadapan Rasulullah SAW semangkuk bubur dan daging. Maka beliau mengambil bahagian lengan (dari daging tersebut), dan bahagian itulah yang paling disenangi oleh Nabi Muhammad SAW.” (HR Muslim)
Daging
merupakan makanan yang sangat penting bagi manusia sepanjang zaman,
baik di dunia mahupun akhirat. Allah SWT menjelaskan dalam Al-Quran
bahawa daging termasuk makanan penghuni syurga :
“Dan Kami telah persiapkan bagi mereka dengan buah-buahan dan daging yang mereka sukai.” (Ath-Thur [52] 22)
Para ulama terdahulu memberikan pendapat tentang keutamaan mengambil daging. Di antaranya :
· Qadhi Iyadh berkata, “Rasulullah
SAW gemar mengambil daging bahagian lengan disebabkan oleh
kematangannya, aroma yang wangi, rasa yang lazat, manis dan jauh dari
tempat-tempat yang berbahaya.”
· Muhammad bin Wasi’ berkata, “Daging dapat menambahkan kekuatan penglihatan.”
· Imam Az Zuhri berkata, “Memakan daging akan menambah tujuh puluh kekuatan (tenaga).”
· Ali bin Abi Thalib berkata, “Makanlah daging, sesungguhnya daging dapat membuat warna menjadi jernih, membuat perut menjadi lapar dan dapat memperbaiki akhlak.”
Susu
Rasulullah
SAW menyukai susu yang berasal dari binatang ternakan seperti susu
lembu dan susu kambing. Allah SWT menjelaskan secara khusus tentang susu
dalam surah An Nahl (16:66)
“Dan
sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran
bagi kamu. Kami member minum daripada apa yang berada dalam perutnya
(berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi
orang-orang yang meminumnya.”
Istilah
tahi dan darah pada ayat di atas bermaksud susu itu bersih sedangkan
tahi dan darah adalah najis (kotor). Yusuf Ali menterjemahkan dengan
kata “between excretions and blood” bukan dengan kata “made of” atau “product f” yang bermaksud berasal atau diperbuat daripada.
Berikut adalah beberapa khasiat yang terdapat dari susu menurut beberapa penyelidikan;
· Mencegah kanser usus besar (colon)
· Mencegah Osteoporosis (tulang rapuh)
· Mengawal berat badan
KURMA AJWA
Rasulullah SAW bersabda;
“Di antara pohon itu ada pohon yang memiliki karateristik seperti seorang muslim, iaitu pohon kurma.” (HR Bukhari)
Rasulullah
SAW mengibaratkan seorang muslim seperti pohon kurma dengan segala
manfaat dan keberkatannya. Kurma diibaratkan seorang muslim denga banyak
kebaikan yang diberikan, kerendangan pohonnya serta buahnya yang
nikmat. Ia boleh dimakan ketika putik, masa buah penuh berisi, di masa
muda, dan buah yang masak sama ada dalam keadaan kering , basah atau
sudah menjadi kurma yang lengkap. Kurma dapat dimakan siang mahupun
malam hari, pada musim dingin mahupun musim panas.Kurma menjadi rahsia
utama yang menyebabkan kaum muslimin sentiasa memiliki pasukan yang
bertenaga untuk bertarung dengan musuh-musuhnya meski dalam keadaan
kelaparan, sehingga dalam isi perut mereka tidak terdapat lagi kecuali
beberapa butir kurma.
Kurma memiliki kandungan gizi yang cukup lengkap dan diperlukan manusia, antaranya;
·
1. Vitamin A
1. Vitamin A
Kurma
bermanfaat menjaga kelembapan mata dan kesihatan mata, menguatkan
saraf-saraf penglihatan, menghilangkan rabun senja dan menjernihkan penglihatan. Para doctor menyatakan bahawa vitamin A berkhasiat
menguatkan saraf-saraf pendengaran. Oleh itu, kurma amat berguna untuk
warga emas yang mula mengalami gangguan pendengaran akibat kelemahan
saraf-saraf pendengaran.
·
2. Vitamin B1 dan B2
2. Vitamin B1 dan B2
-berfungsi menguatkan saraf, melembutkan saluran darah dan menjaga kesegaran usus dari iritasi dan gangguan
-diberikan untuk orang yang baru sembuh dari sakit, atlet dan para akademik.
-mengubati penyakit hati, bibir pecah-pecah, alergi, kuku pecah, dan kulit kering.
·
3. Fosfor
3. Fosfor
-bermanfaat bagi susunan tulang dan gigi, otak dan alat pembiakan manusia.
·
4. Zat besi dan kalsium
4. Zat besi dan kalsium
·
5. Magnesium
5. Magnesium
-mengelakkan kanser
Sup
Jabir bin Abdullah r.a. menceritakan pengalamannya ketika haji,
“Rasulullah SAW meminta untuk diambilkan beberapa potong daging unta untuk kemudian dimasukkan dalam periuk dan dimasak. Lalu Jabir dan Rasulullah SAW memakan daging unta tersebut dan meminum kuahnya (sup.” (HR Muslim)
“Rasulullah SAW meminta untuk diambilkan beberapa potong daging unta untuk kemudian dimasukkan dalam periuk dan dimasak. Lalu Jabir dan Rasulullah SAW memakan daging unta tersebut dan meminum kuahnya (sup.” (HR Muslim)
Anas bin Malik r.a. juga menyatakan “Rasulullah SAW menyukai sup.” (HR Ahmad)
5.
Madu dan makanan manis
Aisyah r.a. berkata, “Rasulullah SAW menyukai makanan manis dan madu.” (HR Bukhari)
Makanan
manis yang dimaksud dalam hadis tersebut meliputi kuih-kuih yang sudah
popular seperti kunafah, baqlawah, ma’mul dan kuih-kuih khas bangsa
arab. Kuih manis yang paling disukai Rasulullah SAW adalah maji’, iaitu
buah yang dicampur dengan susu.
Adnan Ath Tharsyah menyebutkan beberapa manfaat madu, antaranya;
· Menenangkan perut
· Melancarkan pembuangan air kecil
· Menyembuhkan batuk berkahak
· Membuat rambut lebat, halus dan cantik
· Membuat pandangan mata lebih terang (digunakan sebagai celak)
· Memutihkan dan menjaga gigi (dengan memberus gigi)
No comments:
Post a Comment