BACA DETAIL PUNCA - PUNCA PENYAKIT DI : www.penyakitlemahsyahwat.com
Lemah syahwat akan terjadi ~>
●> Apabila berlaku nya kecederaan otot di bahagian
urat ke bahagian kelamin lelaki,kecederaan seperti ini ni biasanya
berlaku bila melakukan sesuatu aktiviti yang berat,seperti memikul,mengangkat dengan cara yang tak betul,
●> Berlaku satu geseran yang kuat
berlaku,seperti Onani keterlaluan,antara faktor membuatkan hilang nya
daya sensetif di alat kelamin lelaki,dan ini juga berupaya mengibatkan
syahwat menjadi lemah dan akhir nya mati pucuk.
●> Terjatuh akibat kemalangan di mana berlaku
sesuatu hentakan kuat di bahagian alat kelamin,sehingga berlakunya saraf
gagal berfungsi,atau putus di antara urat dalam kelamin yang amat sensetif.
●> Pengambilan ubat terlarang secara
berlebihan,seperti dadah dan sebagainya,kerana segala sendi atau tubuh
badan kita di kawal oleh otak.kerana tindak balas dari ubat terlarang
akan melemahkan kepekaan pada penis.menghidu gam atau ketagih gam,antara
punca lemah syahwat yang sirius.
●> Di rotan di bahagian punggung juga mampu merosak kan aliran darah dan mencedera kan sarat ke kemaluan,dan ini juga punca syahwat menjadi lemah.
●> Merokok dalam kuantiti yang banyak,minum minuman beralkohol dan sebagai nya.
●> menggunakan seluar dalam atau seluar yang ketat,serta berada di suhu yang panas.
●>kecederaan di bahagian kerandut zakar.
●> pengambilan ais dalam tempoh masa panjang atau kerap.
#ingin tahu petanda bakal mati pucuk atau lemah syahwat dan tanda seseorang itu adalah pesakit lemah syahwat?
Petanda yang akan di alami oleh individu yang
mempunyai penyakit lemah syahwat,terasa sejuk di bahagian pangkal alat
kelamin walaupun dalam cuaca panas,ejakulasi atau pancutan lemah seakan -
akan mengalir bukan,selalu lesu,tidak bermaya.kebas di bahagian
sensetif( muncung atau kepala zakar)
Petanda dari pesakit yang telah menghidapi lemah syahwat,akan menunjuk kan pergerakan
lemah,cara percakapan seperti tidak bermaya,alis mata seakan
melengkung atau cengkung.pandangan kurang jelas,dan ada juga yang
mengalami keguguran rambut, kurang daya tahan,seperti mudah lemah bila
di geletek.
#petua untuk mengetahui sejauh mana kekuatan ejakulasi anda dan mengetahui sejauh mana kuat nya senjata anda ketika
di medan perang,cara nya,anda duduk di lantai bengan kedua kaki di
hulur kehadapan,kamudian cuba genggam ibu jari kaki,tarik dan mampu kah
buku lali anda menjejaki atau menyentuh kerandut buah zakar.Jika
boleh,anda masih Raja di gelanggang asmara.TETAPI jika tidak,AWAS.....Anda bakal di senaraikan di antara pesakit lemah syahwat atau di ambang mati pucuk.
Buat masa ini belum ada satu pun rawatan khusus untuk
menyembuhkan mati pucuk dengan sempurna seperti sedia kala,kecuali
berjumpa dokter pakar sakit tuan dan menelan kos yang tinggi,kaedah
urutan batin dan kaedah menudut dan memampat kan tekanan darah melalui
pam vacum yang disyor kan oleh dokter.
Bagi pengamal perubatan tradisional, Ummul Khanna Mohd Nor, 63, atau
lebih dikenali sebagai Bonda, secara purata dia dikunjungi hampir 40
lelaki setiap bulan, yang hampir semuanya mengadu mengalami masalah
lemah tenaga batin.
Dia yang berpengalaman 36 tahun dalam bidang urutan tenaga batin
berkata, biarpun dia turut berkepakaran memberi rawatan kepada wanita
yang menghadapi masalah seksual, sebahagian besar yang mengunjunginya
adalah lelaki.
“Rumusan saya, ramai lelaki hari ini terbabit dengan aktiviti seksual sejak remaja. Contoh paling mudah ialah melakukan onani.
“Saya pernah didatangi seorang remaja belasan tahun yang menanggung
derita apabila darah keluar dari zakarnya akibat terputus urat saraf.
Puncanya, dia mengaku melakukan onani sejak usia lapan tahun.
“Dalam kes lain, seorang remaja berusia 19 tahun mengalami mati pucuk.
Apabila saya tanya, dia mengaku melakukan onani sehingga lima atau enam
kali sehari sejak usianya akil baligh,” katanya ketika ditemui Metro
Ahad.
dia mengkategorikan masalah pesakit kepada empat tahap iaitu pra
kritikal yang masih boleh berfungsi tetapi cepat klimaks; kritikal (ada
masa boleh berfungsi dan ada ketika tidak); kritikal parah (tidak boleh
melakukan hubungan kelamin kerana zakar tiada ereksi) dan mati pucuk.
Sehubungan itu, Bonda menasihatkan remaja supaya memahami kesan buruk
akibat memuaskan nafsu sendiri dengan pelbagai cara terlarang.
“Sebenarnya, masyarakat kita kurang ilmu mengenai masalah seksual dan ia
sukar dibincangkan kerana malu. Jadi saya berharap remaja mengetahui
kesan sampingan akibat perbuatan yang hanya seronok sementara berbanding
kesengsaraan berpanjangan,” katanya.
Bonda berkata, pesakit terbarunya ialah lelaki berusia 25 tahun yang
bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.Katanya, lelaki itu
mengalami masalah alat sulitnya lembik. Selepas diselidik, lelaki yang
berkerjaya profesional itu mengaku suka melakukan onani di dalam bilik
sambil melayari laman web lucah.
“Sebelum ini seorang pemuda dari Kedah gemar mengunjungi pusat urut yang
menawarkan seks oral sejak usianya 20 tahun. Akibatnya dia hampir mati
pucuk ketika usia 27 tahun,” katanya.
Menurut Bonda, tindakan memuaskan nafsu dengan cara onani, oral seks
atau melakukan hubungan songsang sebenarnya mengundang padah dan
kesengsaraan berbanding kenikmatan sementara.
“Sebenarnya onani merosakkan urat saraf dan ini banyak saya temui
berlaku pada pesakit saya. Apabila melakukan onani, tangan yang kasar
menarik kulit atas dan bawah dan ini menyebabkan struktur kulit longgar
atau kendur.“Ada kulit pesakit saya hampir menutup kepala zakarnya dan
menyebabkan ia tidak boleh menegang dengan baik,” katanya.
Bonda berkata, seks oral dan hubungan songsang juga dikhuatiri boleh
menyebabkan jangkitan kuman daripada air liur selain ketagih sehingga
menyebabkan dengan cara itu saja seseorang mendapat kepuasan.
“Pada usia remaja, golongan ini seronok melakukan pelbagai cara untuk
memuaskan nafsu tetapi selepas berkahwin alat sulitnya gagal berfungsi,
malah ada yang baru hendak mula, sudah keluar air mani.
“Banyak juga kes diterima di mana suami tidak mampu memuaskan nafsu
isteri, malah ada yang tergamak menggunakan khidmat rakan untuk
memuaskan isterinya sambil dia jadi penonton.
“Ada juga suami hanya bergantung kepada video lucah untuk menaikkan
nafsunya baru boleh melakukan hubungan kelamin dan lebih parah lagi, ada
isteri minta cerai apabila suami cepat klimaks,” katanya.
Menurut Bonda, untuk setiap pesakit yang mendapatkan rawatannya, dia menggunakan lima kaedah sebelum memberi rawatan khusus.
“Rawatan bagi masalah batin yang kronik perlu dilakukan
sekurang-kurangnya tiga kali. Pada kali pertama, saya periksa tekanan
darah, prostat dan abdomen sambil menyelami punca masalah.
“Selepas itu saya jalankan rawatan mengurut seluruh badan untuk
melancarkan perjalanan darah. Kemudian periksa tekanan darah di kelenjar
paha, sama ada stabil atau tidak. Jika ada masalah, saya akan betulkan
urat saraf dan akhirnya rawatan khusus,” katanya.
Petua orang tua,jika ingin kan senjata hebat di ranjang,makan telur separuh masak dengan madu dan di tambah serbuk lada sulah
~> tetapi belum ada dalil soheh dari dokter mengesah kan petua
tersebut,kepada yang dah tersenarai pendek pesakit lemah syahwat,Jangan
merasa rendah diri,ingat tiada satu pun penyakit dalam dunia ini yang tiada penawar nya kecuali Mati !
TUKANG URUT : urutwarisanmelayu.blogspot.comMINYAK URUT INDONESIA : soetari.blogspot.com
Petua Tradisional Untuk Merawat Lemah Tenaga Batin
1. Bawang Merah - Kupas bawang merah dan basuh bersih. Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga terdapat perubahan.
2. Pinang - Biji pinang yang telah masak (kulit berwarna perang) direbus dengan segelas air. Setelah air rebusan kelihatan pekat, angkat dan tapiskan. Minumlah air rebusan itu 3 jam sebelum ingin melakukan persetubuhan dengan isteri anda.
3. Durian - Perah buah durian hingga mengeluarkan air dan amalkan meminumnya.
4. Bachang - Ambil daun muda atau pucuk bachang dan direbus dengan segelas air sehingga mendidih. Tapis air rebusan dan campurkan dengan satu sudu besar madu lebah. Kacau rata dan minumlah ketika ia masih panas.
5. Beras - Basuh beras sebanyak tiga kali, basuhan terakhir itu hendaklah menggunakan air masak. Air basuhan terakhir itu diambil dan jadikan sebagai minuman, segelas sekali minum. Amalkannya 3 kali sehari.
6. Buah Kantan - Ambil buah kantan dan rebus hingga mendidih. Tapiskan air rebusan apabila telah sejuk dan minum. Amalkan selalu.
7. Balung Ayam Ungu - Ambil biji balung ayam ungu dan campurkan dengan sedikit gula dan segelas air susu. Kacau rata dan minum.
8. Som Jawa - Basuh bersih 5 gram akar Som jawa dan masukkan ke dalam 3/4 cawan air panas. Tutup cawan tersebut untun beberapa minit, tapis dan minum ketika ia masih panas.
9. Jerangau - Rebus rizom jerangau dengan tiga gelas air dan biarkan hingga mendidih dan menjadi satu gelas. Tapis dan minum ketika ia masih panas.
10. Tongkat Ali - Akar tongkat ali direbus dengan tiga gelas air dan biarkan ia mendidh sehingga airnya tinggal segelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Akar tongkat ali dikeringkan. Kemudian, rebus dengan 3 gelas air dan biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Baki yang tinggal hendaklah ditapis dan minum apabila telah sejuk. Lakukan petua ini secara teratur.
11. Nampu - Ambil 100 gram akar nampu segar dan parut. Campurkan dengan 1 gram garam dan 10 gram kelapa parut. Gaul rata dan kukus untuk 20 minit untuk dimakan.
12. Lalang - Ambil akar lalang, batang beluru dan rebung buluh gading. Potong kecil kesemua bahan tersebut. Setelah dibasuh sebersih-bersihnya, rebus dengan tiga gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Setelah sejuk, tapis dan minum. Amalkan selalu.
13. Senduduk Putih - Basuh bunga senduduk putih sebersih-bersihnya dan makan mentah sebagai ulam.
14. Seroja Air Putih - Ambil 7gm akar kering Seroja air putih dan rebus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi 2 gelas air sahaja. Setelah sejuk, tapis dan minum 2 kali sehari, segelas sekali minum.
15. Belimbing Bukit - Ubi belimbing bukit dikeringkan dan direbus dengan 3 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.
No comments:
Post a Comment