HATI - HATI : WASIAT SONGSANG DALAM BERJIMAK



" Hati-hati dgn riwayat syiah sebab tak pasti sanadnya sahih atau tidak. kalau aqidah kita ahlul sunnah waljamaah pakai feqah imam syafie je...tak perlu nak ambil feqah syiah. sekadar nasihat"..

http://forum.asyraaf.com/viewthread.php?tid=702



 WASIAT SYIAH WASIAT SONGSANG !!!!
    
wasiat rasulullah saw kepada imam ali ra tentang jimak dgn isteri hanya bersumberkan dari kitab syiah...


Wasiat-Wasiat Nabi S.A.W  Kepada Ali A.S
     
Ahmad berkata: ‘Umru bin Hafs dan Abu Nasr telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Haitham daripada Ishaq bin Najih daripada Husaib daripada Mujahid daripada al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat  kepada Ali a.s dan bersabda: Wahai Ali, apabila pengantin  perempuan memasuki rumah anda, maka cabutlah kasutnya ketika beliau duduk dan basuhlah dua kakinya. Curahkan air dari pintu rumah anda ke pintu yang paling jauh, kerana apabila anda melakukannya, Allah akan mengeluarkan dari rumah anda tujuh puluh bahagian kefakiran dan memasukkan tujuh puluh bahagian keberkatan dan menurunkan ke atas anda tujuh puluh rahmat dibentangkan ke atas pengantin perempuan sehingga dia mendapati keberkatannya di setiap penjuru rumah anda. Ia juga aman daripada penyakit gila, penyakit kusta dan balar selama berada di rumah tersebut. Tegahlah pengantin perempuan di dalam minggu pertamanya daripada empat perkara: Susu, cuka, ketumbar dan buah epal yang masam.

Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sebab utama empat perkara tersebut ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Kerana rahim menjadi mandul dan sejuk daripada anak dengan perkara-perkara tersebut. Tikar  di sudut rumah itu adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak beranak.

Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah! kenapakah cuka ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Apabila perempuan datang haid selepas memakan cuka, maka haidnya tidak akan bersih dengan sempurna. Ketumbar akan membinasakan haid di perutnya dan menyukarkannya bersalin. Epal yang masam pula akan memutuskan haidnya dan akan menimbulkan penyakit kepadanya.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri (la tujami‘ imra’ata-ka ) pada awal bulan, pada pertengahan bulan dan pada akhir bulan kerana akan menyebabkan gila, kusta dan balar cepat menghidapinya dan anaknya

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda selepas zuhur, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka matanya akan menjadi juling (ahwalu). Syaitan akan bergembira dengan orang yang bermata juling.

Wahai Ali, janganlah anda bercakap-cakap ketika bersetubuh, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi bisu, dan janganlah anda melihat kepada kemaluan perempuan anda, pejamkan mata anda ketika bersetubuh, kerana ia akan mewarisi buta kepada anak anda.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda dengan syahwat perempuan, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi khunsa yang hina.

Wahai Ali, jika anda di dalam keadaan berjunub di atas tempat tidur anda, maka janganlah anda membaca al-Qur’an, kerana aku takut api akan turun dari langit dan membakar kamu berdua.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda melainkan anda mempunyai kain (khirqah) dan isteri anda mempunyai kain yang lain, janganlah kamu berdua menyapunya dengan satu kain. Apabila syahwat akan bertemu syahwat maka ia akan membawa kepada perpisahan dan perceraian.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda di dalam keadaan berdiri, kerana itu adalah perbuatan keldai, jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan kencing di atas tilam seperti keldai yang kencing  di setiap tempat.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam raya puasa, kerana jika kamu berdua mendapat  anak kelak, ia akan mungkir janji dan dia kelak akan mendapat anak pada usia yang tua.

Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Raya Korban, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, aku takut ia akan mempunyai enam atau empat jari.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  di tengah kepanasan matahari melainkan anda membentangkan tabir, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, maka ia akan berada di dalam kesengsaraan dan kefakiran sepanjang hidup.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  di bawah pokok yang berbuah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi keras kepala dan pembunuh.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  di antara azan dan iqamah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan mengalirkan darah.
     
Wahai Ali, jika isteri anda hamil, maka janganlah anda bersetubuh dengannya melainkan anda berwuduk, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi buta hati dan tidak mahu memberi pertolongan kepada orang lain.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  pada pertengahan bulan Sya‘ban (nisf al-Sya‘ban), kerana jika kamu berdua  mendapat anak kelak, ia akan menjadi lebam di mukanya.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  pada akhir bulan (iaitu dua hari dipenghujung bulan) kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi papa kedana.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  dengan syahwat saudara perempuan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi perompak, penolong kepada orang yang zalim atau pembinasa manusia yang ramai.
     
Wahai Ali, apabila anda bersetubuh dengan isteri anda, maka bacalah: Wahai Tuhanku! Jauhilah aku daripada syaitan dan jauhilah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada aku” jika kamu berdua mendapat anak kelak, syaitan tidak dapat memudaratkannya.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  di bawah bumbung binaan (bukan rumah), kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi munafik, mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan bid‘ah.
     
Wahai Ali, jika anda keluar musafir, janganlah anda bersetubuh dengan isteri  anda pada malam itu, kerana  jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan membelanjakan hartanya tidak pada tempatnya. Rasulullah s.a.w membaca Surah al-Isra’ (17):27 “ Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah  saudara-saudara syaitan.” 
     
Wahai Ali, jika anda keluar musafir tiga hari dan tiga malam, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia kan membantu kepada orang yang zalim.
     
Wahai Ali,  bersetubuhlah  dengan isteri anda pada malam Isnin, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjaga kitab Allah dan reda dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya.
     
Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Selasa dan kamu berdua mendapat anak, ia akan mati syahid selepas syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Pesuruh-Nya. Dia tidak akan diseksa oleh Allah bersama-sama musyrikin. Bau mulutnya menjadi harum bersih lidahnya daripada mengumpat dan pembohongan.
     
Wahai Ali, jika anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam Khamis dan jika kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi bijak atau alim dan jika anda bersetubuh dengan isteri anda ketika matahari condong dan mendapat anak, syaitan tidak akan mendekatinya sehingga dia beruban. Dia akan menjadi seorang fakih. Allah akan mengurniakan kepadanya keselamatan dunia dan akhirat.
     
Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jumaat dan mendapat anak, ia akan menjadi seorang khatib dan pandai berbicara. Jika anda bersetubuh dengannya  pada hari Jumaat selepas asar dan kamu berdua mendapat anak, ia akan menjadi seorang yang terkenal dan alim. Jika anda bersetubuh dengannya pada malam Jumaat selepas Isya’ akhir, adalah diharapkan anak anda kelak menjadi salah seorang abdal  Insya’ Allah.
     
Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda  pada awal jam malam, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi tukang tenung dan tukang sihir, cinta kepada dunia daripada akhirat. Wahai Ali, hafazlah wasiat aku ini sebagaimana aku telah menghafaznya daripada Jibrail a.s.

(sumber riwayat ini diambil dari kitab syiah al-ikhtisas karangan syeikh al-mufid, ms 132-135, cetakan Dar al-Mufid-Lebanon dan As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al-Ilal ms 174)

biografi syeikh mufid..
bahawa buku al-Ikhtisas ini adalah karangan Muhammad bin Muhammad bin al-Nu'man Ukbari al-Baghdadi yang dikenali dengan nama al-Syaikh al-Mufid dan Ibn al-Mu'allim, dilahirkan  pada 11 Dhu l-Qa'idah di Ukbari, Iraq pada tahun 338 hijrah dan mati pada bulan Ramadhan tahun 413 Hijrah/1022 Masihi dalam usia 75 tahun. Jenazahnya diimamkan oleh al-Syarif al-Murtadha dan dihadiri oleh 80.000 orang Syiah. Beliau adalah di kalangan masya'ikh Syi'ah yang masyhur pada abad ke 4 hijrah. Karangannya melebihi dua ratus buah buku di dalam pelbagai bidang keagamaan. (Ibn al-Nadim, al-Fihris, hlm 266 –268).
 




 

AJARAN RASULLULLAH S.A.W AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


BAGI PASANGAN YANG BERKAHWIN

Adab-adab setubuh menurut islam

PERKARA-PERKARA PENTING

SEMASA MELAKUKAN PERSETUBUHAN

1.      Bertaubat  dan Memohon Keampunan

         Di malam pertama Islam menganjurkan kepada pasangan   suami isteri supaya  membersihkan  diri  dari dosa dan noda yang pernah dilakukan sebelum ini sama ada zahir dan batin.

  Oleh itu mereka disarankan supaya  memohon taubat kepada  Allah sama ada dengan sembahyang sunat taubat atau beristiqfar kepadanya.  Diharapkan pertemuan buat kali pertama,

 ini benar-benar memberi makna dalam membina kehidupan  baru yang  dapat  mengabdikan diri kepada Allah.

2.      Amalan Semasa  Masuk Bilik / Rumah



         Semasa masuk rumah atau bilik bacalah doa terlebih dahulu iaitu :

     
اللــــــهُمَّ ِإنِي أَسْئَلُكَ خَيْرَالمَوْلج وَخَيْرَ المَخْرَج بِاسْمِ الله ولَحَنَا وباسم الله خَرَجْنَا وَعَلَى الله رَبَنَّا تَوَكَّلْنَا

         Ertinya : 

Wahai Allah, aku pohonkan daripada kamu sebaik-baik  tempat masuk dan tempat keluar ini.  Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah kami berserah.



         Dan dahulukan kaki kanan apabila masuk bilik  / rumah tersebut.

3.      Sembahyang Sunnat di Bilik Tidur

         Seterusnya apabila suami isteri sudah berada di bilik tidur maka sunat keduanya sembahyang sunat dua rakaat.

         Selesai sembahyang sunat, bacalah surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas  dan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan diiringi dengan doa seperti berikut :

اللــهم بَارِكْ لِي فِي اَهْلِي وَبَارِكْ لَهُمْ اللــــهم اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ وَفرّق بَيْنَنَا اذا فَرَقّتَ بِخَيْرٍ

Ertinya:
YA Allah, berkatilah bagiku disisiku ahliku, Dan berkatilah bagi ahliku disisiku.  Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami ini suatu pertemuan yang baik.  Dan pisahkanlah kami, andainya perpisahan itu sebagai kebaikan.  Ya Allah, berilah rezeki kepada mereka  daripada ku dan berilah rezeki kepada akud aripada mereka.  Dan jadikanlah kemesraanku dan kasih sayingku bagi mereka.  Dan jadikan kami semua saling cinta mencintai.

 



4.      Beramah Mesra

         Selepas itu sisuami hendaklah memusingkan badannya  dan hadapkan mukanya tepat  kepada isterinya dan duduk bertindih paha seraya memberi salam kepadanya.

  Ini adalah sebagai mukaddimah untuk berbual mesra  antara suami dan isteri supaya ianya benar-benar  merasa gembira  dan mesra.

5.      Meletak tangan kanan di atas ubun-ubun isteri

         Selepas itu suami hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas umbun-umbun isterinya bertujuan memohon keberkatan dan kebaikan dan bacalah doa seperti berikut:-

 
اللــــــــــــــهم  إني اســـــــــئلك مــِن خَيْرِهَـــــــا وَخَير مَــــا جـــــبلتُهَـــــا عَليْه وأعــــوذبــِك مـِنْ شَـــرهــــــا وشرمــا جبلتها عليــه

&nnbsp;        Ertinya : 
Ya Allah, sesungguhnya aku pohon daripada Kamu dari sebaik baiknya barang ciptaan Kamu.  Dan aku berlindung dengan kamu daripada seburuk-buruknya dan  seburuk-buruk yang telah Kamu ciptakannya.

         Adab-Adab Melakukan Persetubuhan

         a)      Lucut Pakaian  Kesemuanya Di Waktu Bersetubuh

            Di antara adab-adab bersetubuh iaitu janganlah mendatangani isterinya selagi  isterinya belum melucutkan semua pakaiannya.  Kedua-duanya hendaklah berselimut di dalam satu kain selimut sebaik-baiknya kedua-duanya melucutkan pakaian. 


Tetapi janganlah kedua-duanya bertelanjang bogel di waktu melakukan persetubuhan kerana kepada Allah sepatutnya kamu lebih-lebih lagi rasa malu.  Adalah Rasul (s.a.w) di waktu dia mendatangani isterinya, dia menutupi kepadanya. 


Suaranya  diperlahankan dan dia berkata “bertenang”.  Suami yang hendak mendatangani  isterinya, sepatutnya dia dan  isterinya tertutup di dalam satu kain selimut.  Tidak  menjadi soalan sama ada mereka menghadap Kiblat ataupun tidak.  Beginilah tegasnya Al Khatab.

         b)      Bercumbu cumbuan

                  Di antara sunnah Islam ialah bercumbu cumbuan, bersuka  ria dan bergurau senda dengan isteri terlebih dahulu.  Rasulullah  s.a.w. pernah berjenaka atau bergurau senda dengan isteri-isterinya.  Beliau menyelami peringkat  peringkat akal mereka dalam pekerjaannya dan tingkah laku, 

sehingga al Nasai, Abu Daud dan Ibn Majah ada meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan isterinya `Aisyah menang satu hari dan Rasulullah s.a.w. menang beberapa hari, maka baginda berkata : “Ini lawan itu” Saiyidina Omar, walaupun terkenal kasar pernah berkata


bahawa seseorang lelaki  sayugia menjadi seperti seorang kanak-kanak ketika berada di sisi keluarganya.  Apabila  mereka menuntut sesuatu  daripadanya, hendaklah dia menjadi seorang lelaki.   Di dalam dua hadis sahih Bukhari dan Muslim, hadis yang diriwayatkan oleh Jariah bin Wahab al Khazai, bermaksud :

                  “Apakah kamu mahu mendengar tentang ahli neraka, dia ialah setiap orang yang keras, megah dan angkuh”

                  Di dalam riwayat Abu Daud :

                  “Tidak masuk syurga orang yang megah dan angkuh”

                  Maksudnya orang yang bersikap kasar terhadap ahli keluarganya dan angkuh dengan dirinya.  Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir :

                  “Kenapakah kamu tidak mengahwini anak dara, dia bermesra denganmu dan kamu pula bermesra dengannya”

                  Tetapi sederhana di dalam beramah-mesra adalah baik seperti sederhana di dalam lain-lain hal juga.

                  Sunat dimulai dengan  menyebut nama Allah s.w.t. atau dengan membaca `Bismillah’ kemudian membaca surah Al-Ikhlas serta membaca takbir “Allahu-Akbar” dan tahlil.  Kemudian menyebut : 

 
باسم الله العلي العظيم اللهم اجعلنها ذرية طيبة إن كنت قدرت ان تخرج ذلك من صلبي



         “Dengan nama Allah Yang Maha Tinggi  Lagi Maha Besar.  Ya Allah, jadikanlah dia zuriat yang baik, jika engkau mentakdirkan ianya keluar dari sulbiku”.

         Sabda  Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Syaikhan (Bukhari dan Muslim), daripada Ibn Abbas”

         “Jika seorang dari kamu apabila mendatangi keluarganya (mahu menyetubuhi isterinya) lalu berdoa :

 
اللـــــــــــهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

Ertinya

         “Ya Allah, jauhilah kami dari syaitan dari apa yang Engkau kurniakan untuk kami.  “Jika sekiranya mereka berdua dikurniakan anak, nescaya tidak diganggu oleh syaitan.

         Beginilah doa yang tersebut di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas (r.a.) daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang berbunyi :

لو كان احدكم إذا أتي اهله قال باسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما رزقتنا

         Ertinya :  “Jikalaulah sesungguhnya  siapapun daripada kamu hendak mendatangi isterinya,  dia  berdoalah : “Dengan  nama Allah.  Ya Allah ! Jauhilah kami dari syaitan.  Dan jauhilah syaitan dari barang yang Kamu kurniakan rezeki kepada kami.”  Maka jika dikurniakan bagi keduanya seorang anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”.

(Riwayat Al-Bukhari)



         Ulamak-ulamak fiqh bersalahan pendapat tentang makna “tidak boleh dirosakkannya  oleh syaitan buat selama-lamanya.”  Ada di antara mereka berpendapat, bahawa syaitan tidak mampu hendak merosakkan akidah anak yang akan dilahirkan nanti.  Ertinya syaitan tidak boleh menggoda agama 


kanak-kanak ini, hingga dia  menjadi kafir.  Pendapat ini memberi artikulasi masa depan anak yang akan dilahirkan ke dunia.  Yang mana dia telah ditulis di masa  dia masih di dalam kandungan lagi, bahawa dia akan mati kelak di dalam keimanan.    Golongan  ulamak yang lain pula berpendapat, bahawa yang dikehendaki dengan hadis tadi, iaitu dengan berkat doa ini, anak yang akan dilahirkan nanti akan menjadi hamba Allah yang ikhlas.

   Apabila hampir mengeluarkan mani (inzal), maka katakan di dalam hati tanpa menggerakkan dua bibirmu:

 
الحمد لله الذي خلق من الماء بشرا فجعله نسبا  وصهرا وكان ربك قديرا



         “Segala pujian bagi Allah yang menciptakan manusia dari air, lalu ia jadikan  manusia itu punya keturunan dan musaharah (hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan seperti menantu, ipar dan lain-lain).  Tuhanmu Maha Berkuasa”

         Kemudian dia mengelakkan diri dari mengadap qiblat.  Dia  tidak mengadap  ke arah qiblat kerana dia seorang yang berjunub, sebagai menghormati qiblat.

         Kemudian apabila si  suami mahu menamatkan persetubuhan itu, hendaklah dia perlambatkan sedikit untuk memberi peluang kepada isterinya sampai ke  puncaknya, kerana inzal atau pancutan mani si isteri mungkin terlewat dan  merbahaya kepada syahwatnya …….

Kemudian jika terlalu lambat mungkin  menyakitkan isterinya pula.  Ketidaksamaan di segi tabiat inzal  ini akan  menimbulkan kegelisahan, sekalipun suami mendahului, isterinya, sebaliknya  persamaan masa inzal lebih melazatkan.  Kalau suami berdiam diri selepas inzal,

mungkin isteriinya  malu walaupun dia (isteri) belum sampai ke peringkat tersebut.

         Persetubuhan patut dilakukan empat malam sekali, jika suami mampu berbuat demikian.  Itu lebih adil, difahamkan daripada bilangan isteri yang diharapkan kahwin sebanyak empat orang.  Boleh pula dikurangkan dari kadar  tersebut.  Ya, sebenarnya 

boleh  ditambah  atau  dikurangkan    mengikut  kadar  keperluan dalam    menjaga diri melalui perkahwinan, kerana menjaga  diri melalui perkahwinan itu menjadi kewajipan.

         Ada pendapat yang mengatakan : Bahawa makruh bersetubuh tiga malam dalam  bulan Islam,   iaitu malam yang pertama, malam yang akhir dan malam pertengahan bulan.   Dikatakan bahawa kenyataan tersebut adalah mengikut pendapat Ali, Mu’awiah dan Abu Hurairah. 

Saya  menjawab, fatwa sahabat bukanlah merupakan satu hujah syarak yang diwajibkan mengikutinya, jika fatwa tersebut tidak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.  Ini adalah pendapat jumhur (kebanyakkan) ulama.

         Imam Al-Ghazali berkata :  “Setengah ulamak  menyatakan sunat bersetubuh pada hari Jumaat dan Malamnya, berpandukan salah satu ta’wil daripada sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud “Allah merahmati orang yang mandi dan memandikan isteri (Pada hari Jumaat).

         Ada juga ulamak berpendapat makruh bersetubuh pada malam pertama hari raya Aidl Fitri dan Aidil Adha.

         Sebagai kesimpulan lihatlah perkara-perkara seperti berikut :

A.     Sunat-sunat dalam melakukan Persetubuhan

1.      Suci daripada hadas kecil, tegasnya sunat terlebih dahulu mengambil air sembahyang.

2.      Mandi dan memakai wangi-wangian.

3.      Memakai pakaian yang mengghairahkan tegasnya pakaian menimbulkan nafsu syawat (lelaki, atau perempuan).

4.      Sunat melakukan persetubuhan pada hari Jumaat atau malamnya, malam Khamis dan malam Isnin.

5.      Sunat bersetubuh diwaktu sihat, jangan waktu terlalu lapar atau terlalu kenyang.

6.      Sunat bersetubuh dengan bersenda gurau dan bermain-main terlebih dahulu supaya dapat membangkitkan syawat seterusnya jika memperolehi  anak, insyaalah akan cerdik (berakal).

7.      Sunat bersetubuh dalam  satu selimut dan di atas satu hamparan elakan  daripada telanjang bogel tanpa penutup kain.

8.      Sunat membaca bismillah dan doa sebelum  dan sesudah bersetubuh.

9.      Selesai bersetubuh sunat disegerakan mandi junub jika tidak dapat  dilakukan atas sebab-sebab tertentu sunat membasuh kemaluan dan mengambil air sembahyang (wuduk).

10.    Sebelum bersetubuh bayangkan seorang yang soleh, beriman, bertakwa sebagai  idola / ikutan, isyaalah sekiranya dapat anak, akan mewarisi sifat-sifat tersebut.



B.     Perkara Yang Makruh dalam Persetubuhan



                 1.      Makruh jimak pada malam dua hari raya dan pada awal pertengahan (tanggal 15) dan akhir tiap-tiap bulan Islam.

2.            Makruh jimak di bawah matahari atau bulan mengambang.

3.            Makruh jimak selepas solat zohor hingga ke petang.

4.            Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya  boleh mewarisi buta.

5.            Makruh jimak jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang.

C.     Perkara yang haram dalam persetubuhan



                 1.      Haram jimak ketika  isteri haid, nifas dan wiladah.  Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

2.            Haram jimak melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.

3.            Haram jimak membawa ayat-ayat Al-Quran  nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.

4.            Haram jimak dalam masjid.

5.            Haram jimak sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

6.            Haram jimak sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.

http://www.unitagamakmb.com/adab_setubuh.htm

No comments: