Dalam Islam,
Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memilih Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi
Wasallam untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat.
Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai
penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak).
Daripada Aisyah r.a,
Rasullulllah s.a.w bersabda : "Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya ".
(Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras".
Hadis Riwayat Huzaifah
Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.
Daripada Aisyah r.a,
Rasullulllah s.a.w bersabda : "Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemah lah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya ".
(Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w mari kita renungkan bersama-sama sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya, barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras".
Hadis Riwayat Huzaifah
Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.
( Nota : Susu adalah dikira sebagai satu hidangan lauk dan berasal dari darat. Rasullulah s.a.w makan hanya dengan satu hidangan lauk saja samada lauk darat ( lembu, kambing, ayam ) ataupun lauk laut ( udang, ketam, ikan) dengan sayur @ buah - buahan )
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
4. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
5.
Jangan makan buah bersama susu: – dalam erti kata lain koktel. Namun
para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu
bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur
sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman
perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang
kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap
keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan
selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah
memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
11. Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam.
Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan
tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
12.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat
bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan
sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan
tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau
bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan
laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia
mungkin membahayakan kesihatan.
13.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia
daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan
mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi
telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat
mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai
ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka
akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif
dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan
teruk.
14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh,
sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00
hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam
badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya
kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
15.
Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya
manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia
kenyang.
16.
Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta
seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air.
Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit
madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.
17.
Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk
perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air)
dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja
dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang
merbahaya kepada manusia.
18. Rasulullah juga menyarankan untuk
bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah
amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
19.
Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat
perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan
sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah
makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam
sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan
dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya
setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada
kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih
elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT.
Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan,
kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa
yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk
(dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
22.
Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali
makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk
menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
“Berjamaahlah
dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan
mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata:
Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini
setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti
masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar,
Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap
makananmu.”
23.
Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum
makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan
jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan
tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu
makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
24.
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan
tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis
telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna
makanan).
“Dan janganlah ia mengusap tangannya
dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang
itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat
untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta
manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah
ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana
sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah
hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang
makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata:
Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung
berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang
ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa
makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian
hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari
9/578).
25. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini bagi
menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para
ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka
darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen
pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
26.
Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan
Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah
merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan
diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan
oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab
Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam
(Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka
(Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab
kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana
makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa
kenyang. (Al-Fath 9/532).
27.
Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan b*** dan
keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang
beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan
najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup
melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
28.
Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat
subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00
pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut.
Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari
sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar
pukul 8.00 dan 9.00 malam).
29. Rasulullah menggalakkan umat
Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00
pagi hingga masuk waktu solat subuh.
30. Islam mewajibkan
penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta
disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi
menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
31. Apabila berpuasa, makan sahur
(sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan
selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan
bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila
berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan
dengan memakan manisan terlebih dahulu.
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment