cara minum madu mengikut sunnah rasulullah s.a.w
1. Madu mesti dibancuh dengan air masak & dikacau ikut arah lawan jam (ikut arah tawaf)
2. Diminum 2 kali sehari iaitu sebelum tidur malam & sebaik minum pagi (sebelum gosok gigi)
3. Semasa minum hendaklah mengadap kiblat & duduk seperti tahiyat awal.
4. Sebelum minum baca bismillah
5. Kemudian bacalah doanya
6. Minum sedikit-sedikit sambil berkumur-kumur sebelum telan
7. Jgn mkn atau minum apa2 dlm tempoh 45 minit hingga 1jam selepas minum madu
8. Selepas minum madu sebelum tidur, bancuh secawan lagi, tudung & biarkn utk diminum waktu bgn tidur esok pagi (perlu dikacau sekali lagi sebelum minum)
DOA MINUM MADU
" ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w. sembuhkanlah penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Amin"
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Dan
Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu
di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan
yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)
“Kemudian makanlah dari segala jenis
bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah
jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman
(madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia
(dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada
tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu
berfikir.” (Al-Nahl 16:69)
Di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 68-69,
dengan terang menunjukkan bahawa hasil lebah dan manusia mempunyai
kesinambungan yang tersendiri. Pastinya sesuatu yang dicipta oleh Allah
itu sangat bermanfaat untuk manusia dan makhluk Nya yang lain.
Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah
r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu.
Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit)
madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena
penyakit teruk”
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan
petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum
madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Rasulullah s.a.w. meminum madu itu
sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan
untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam
suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada
tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum
dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.
Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi
Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan
diangkat dari bumi ialah madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad
Al-Hasan)
Abu Hurairah r.a. daripada Nabi
Muahammad s.a.w. katanya: ” Semua serangga dalam api neraka Allah s.w.t.
sebagai azab bagi penghuni neraka kecuali lebah” (Dinukilkan oleh
At-Tarmizi dan Al-Hamim dari Kitab Nawadir Usul).
Al-Baihaqi dari Mujahid dari Umar r.a.
yang didengarnya dari Nabi s.a.w.: “Perumpamaan orang mukmin adalah
seperti lebah, jika kamu mendampinginya ia akan memberi manfaat kepada
kamu dan jika kamu bermesyuarat dengannya ia akan memberi manfaat kepada
kamu dan setiap hal ehwalnya akan memberi manfaat kapada kamu”.
Begitulah juga setiap hal ehwal lebah itu mempunyai manfaat yang banyak.
Diriwayatkan daripada Ali k.w. bahawa
beliau berkata ” Kehinaan untuk dunia, semulia-mulia pakaian manusia di
dalam kehidupan dunia adalah dari air liur sejenis rongga (kain sutera
dari ulat sutera) dam semulia-mulia minuman adalah apa yang keluar dari
mulut lebah.”
Ibnu Juraih berkata,” Hendaklah kamu minum madu kerana sangat baik untuk menguatkan daya hafaz (ingatan).”
Ibnu Al_Asir berkata’ “Adapun
diumpamakan orang mukmin itu dengan lebah lantaran kebijaksanaannya
kurang memberi mudharat, usahanya di siang hari kegigihannya dan
sentiasa menjauhkan diri dari sebarang kekotoran. Makanannya dari benda
yang bai-baik dan sesungguhnya ia tidak makan dari benda hasi dari usaha
orang lain. Ketaatanya kepada ketuanya tidak berbelah bagi”.
Dari Ibnu Abbas r.a Nabi
s.a.w.:”Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga
perkara i)Berbekam, 2)Minum Madu, 3) Bakar dengan besi panas. Tetapi aku
melarang umatku membakar dengan besi panas itu”. (Hadis riwayat
Bukhari).
Abdullah bin Umar telah menggunakan madu
untuk mengubati luka (dengan cara disapukan di atas tempat luka) dan
ternyata luka tersebut dapat sembuh dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain disebutkan:
“Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran. Madu untuk
mengubat penyakit jasmani dan Al-Quran untuk menyembuh penyakit rohani”
Madu lebah juga merupakan sebahagian
daripada mukjizat Nabi Allah Isa a.s dalam menyembuhkan penyakit sopak
dan buta penglihatan.
Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.
Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam
kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,”Sesungguhnya madu
apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma’idah (perut), kemudian
ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran
saluran urat dan darah.
Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:”Madu
berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus,
kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada
(termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu
membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk
yang terjadi dari lendir.
Manakala Dr Rihab ‘Ukaiwy menyifatkan
madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental.
Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu
dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl
(lebah)
Sayyid Quthb mengungkapkan, madu sebagai
ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar
perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib
diyakini umat manusia.
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang
tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas
mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia
mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang
berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat
menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga
dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan
semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan
percakapan”.
Disini kita dapat simpulkan bahawa madu
merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan
ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.
Wallahu’alam….
Kelebihan dan Khasiat Madu Lebah
Al Quran sebagai mukjizat diakui banyak membongkar rahsia-rahsia
saintifik jauh lebih awal daripada “scientific findings” daripada
experiment yang dilakukan para saintis moden. Antara mukjizat al Quran
yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat MADU
LEBAH.
Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)
MADU DAPAT MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT
1. Mencegah pelbagai jenis penyakit seperti:
|
|
|
2. Memiliki pelbagai jenis khasiat seperti:
|
3. Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan. Sangat digemari oleh kanak-kanak
4. Pengganti gula bagi pesakit diabetes
Cara Terbaik Pengambilan Madu
Secara amnya cara paling mudah untuk minum madu lebah adalah dengan
mengambil 1-2 sudu madu lebah asli menggunakan sudu plastik (Elakkan
menggunakan sudu besi, logam dsb) dan terus masukkan kedalam mulut
kemudian minum air putih segelas. Kajian menunjukkan kaedah atau cara
terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan kedalam
segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim
sebaiknya di mulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan
berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti
dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya.
Antara
doa yang boleh dibaca adalah seperti dibawah:-
"Ya Allah, aku minum madu ini adalah keranaMu ya Allah & kerana
hendak menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, berkat janjiMu
di dlm al-Quran & berkat kekasihMu Muhammad s.a.w. sembuhkanlah
penyakitku sama ada yg nyata atau yang tersembunyi. sesungguhnya Engkau
tidak memungkiri janji. Amin"
Bagi mereka yang menghadapi masaalah Gastrik, Kencing Manis dan Tekanan darah tinggi dinasihatkan agar makan 2 sudu besar madu lebah sebelum sarapan, 2 sudu besar sebelum makan tengahari dan dua sudu besar sebelum tidur malam.
Bagi mereka yang menghadapi masaalah Gastrik, Kencing Manis dan Tekanan darah tinggi dinasihatkan agar makan 2 sudu besar madu lebah sebelum sarapan, 2 sudu besar sebelum makan tengahari dan dua sudu besar sebelum tidur malam.
Untuk mengatasi masaalah demam pula ambil 2 sudu besar
madu lebah dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan ,
sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .
Masalah
kanser usus boleh disembuhkan dengan gunakan madu lebah yang dimakan
sebanyak 3 sudu besar dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu
besar dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu madu
lebah dengan segelas air putih sebelum tidur malam.
Bagi kes cirit birit
pula kita campurkan 2 sudu madu lebah dengan barli dan teh hijau
bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur
malam.
Amalan minum madu lebah juga dapat mengatasi masaalah pencernaan
perut, Tiroid, masalah sembelit, Resdung, Ketagihan Kopi (Caffein) dan
juga menguatkan tenaga batin.
Didapati kita perlu mengetahui cara
memakan madu lebah dengan kuantiti yang betul, masa yang tepat dan
kaedah yang betul untuk mendapatkan khasiatnya. InsyaAllah amalan ini
akan memberikan kesihatan kepada kita.
No comments:
Post a Comment