Saturday, 11 January 2014

PUNCA - PUNCA PENCERAIAN

Putrajaya: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merekodkan 581,505 kes perceraian pasangan Islam didaftarkan di Mahkamah Syariah seluruh negara dari 2003 hingga 31 Disember lalu.
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Dr Ibrahim Lembut berkata, daripada jumlah itu, 544,804 kes berjaya diselesaikan manakala 36,701 kes lagi masih dalam proses perbicaraan.
Katanya, jenis perceraian pula adalah cerai mengikut Seksyen 47 (lafaz cerai) sebanyak 16,865 kes diikuti cerai fasakh sebanyak 5,528, cerai taklik (2,111), cerai khulu’ atau tebus talak (86) dan pengesahan cerai di luar mahkamah sebanyak 12,111 kes.
“Selain itu, bagi tempoh sama Selangor menjadi negeri yang mencatat permohonan pendaftaran perceraian tertinggi, diikuti Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan manakala perceraian paling rendah dicatat di Perlis, Melaka dan Sarawak,” katanya.
Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, beberapa faktor lain turut mendorong kepada perceraian, termasuk masalah berkaitan agama atau budaya yang mungkin disebabkan pasangan sering meninggalkan kewajipan terhadap agama, berlainan haluan atau kurang pengetahuan dan pendedahan agama.
Selain itu, pasangan bersikap dingin, tiada kepelbagaian dalam seks dan tiada kepuasan seks antara tiga masalah seksual yang mencatat peratusan tertinggi sehingga menyebabkan perceraian dan ia biasanya berlaku dalam kalangan pasangan muda berusia 35 tahun ke bawah.
“Punca lain termasuk suami atau isteri tidak bertanggungjawab kerana mementingkan diri, suami tidak memberi nafkah zahir batin dan keadaan isteri yang sering meminta cerai.
“Ada segelintir isteri sering meminta dicerai apabila berlaku perselisihan faham dan ketika kemarahan menguasai diri serta tercabar dengan permintaan isteri selepas diugut berkali-kali, tidak mustahil lafaz cerai keluar daripada mulut suami,” katanya.
Bagaimanapun, masalah kesihatan bukan perkara utama yang mendorong kepada perceraian, namun ada dalam kalangan pasangan yang kuat merokok, sakit tua, sering sakit, menghidap penyakit HIV atau AIDS dan lumpuh boleh menyumbang kepada perceraian.
Katanya, pasangan tidak jujur, suka mengongkong atau ‘king’ serta ‘queen control’ sering berfoya-foya dan berjudi juga satu lagi sebab berlaku perceraian.
Selain itu, Ibrahim berkata, tempoh rumah tangga yang kerap berdepan kes perceraian adalah antara satu hingga enam tahun, dan tempoh itu dianggap paling mencabar dalam institusi perkahwinan kerana peratusan perceraian banyak berlakui.
Berdasarkan kajian dilakukan, kumpulan umur yang mempunyai peratus perceraian tertinggi adalah di kalangan umur 35 tahun ke bawah. “Statistik JKSM dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes perceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin bagi tempoh perkahwinan kurang tiga tahun,” katanya.
Sumber myMetro

Saturday, 19 October 2013

KERATAN AKHBAR : GEJALA MATI PUCUK DI MALAYSIA


GEJALA MAKAN UBAT KUAT TANPA USUL PERIKSA

Benarlah kata-kata ulama “tiada perasaan malu dalam mendalami ilmu agama”, kerana itu jugalah Saidatina Aishah memuji para wanita Ansar di atas sikap mereka yang suka bertanya; dengan katanya (Semoga Allah merahmati wanita Ansar, mereka tidak malu bertanya dan menambah pengetahuan mereka dalam agama) walaupun dalam perkara yang menyentuh persoalan-persoalan sulit mengenai hubungan suami isteri.

 

Hubungan antara suami isteri merupakan suatu perkara penting dan utama dalam menjamin kelangsungan ikatan rumahtangga. Kepincangan dan sikap endah tak endah dalam menangani masalah ini banyak membawa kepada salah faham, krisis, perbalahan dan akhirnya perceraian (nauzubillah anhu jamian).

Namun begitu, ada juga pihak yang mengatakan ianya satu persoalan remeh-temeh, jijik, hina dan tidak perlu diperbincangkan. Ini kerana bagi mereka ianya tak lebih daripada aktiviti berseronok saja .


 


VIDEO : HUKUM BERUBAT ZAKAR DALAM ISLAM


Namun Rasulullah SAW sendiri telah bangkit menjelaskan hal kepentingan dan keutamaannya dalam sabda Baginda “AKULAH ORANG YANG PALING ALIM DAN BERTAQWA, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku”. Riwayat Muslim
Islam telah menjadikan ‘hubungan seks’ antara pasangan suami isteri ini sebagai ibadat kepada Allah SWT berdasarkan manfaatnya yang besar bagi perseorangan, umat dan juga Islam. Antaranya ia dapat menjaga diri, keturunan, agama, menguatkan keimanan dan sebagainya. Justeru itulah, 

Rasulullah SAW bersabda “SEKIRANYA KAMU BERSETUBUH DENGAN ISTERI KAMU, kamu akan mendapat pahala.” Para sahabat kehairanan lantas bertanya, takkanlah seorang datang memuaskan nafsu dengan isterinya pun dapat pahala?!, Rasul dengan hikmah menjawab : “Benar, bukankah jika seorang itu memuaskan nafsunya dengan sesuatu yang haram tentulah baginya dosa, begitu juga dengan persetubuhan yang halal”. Riawayat Muslim. Hadis ke 25 dalam (Arbain Nawawi)

 


Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isterinya dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin. Jimak yang sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun, ramai ISTERI yang TIDAK PUAS ketika jimak bersama pasangannya.

Islam memang memberi perhatian serius dalam mengubati masalah ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana merekalah ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiaannya. Sebagai nasihat, kami mencadangkan beberapa produk alternatif yang mampu membantu anda bagi masalah ini.
INSYAALLAH. Kami Yakin, Anda Mampu Mengubahnya…


 
FAKTA
Cuba baca dan renungkan fakta-fakta/kisah-kisah yang merisaukan di bawah ini hasil dari Penyelidikan Online yang diperolehi dari 586 isteri/wanita dan kami temui beberapa kebenaran yang mengejutkan…
  • 70% isteri mengatakan mereka TIDAK PERNAH mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.
  • 65% isteri mengakui sering BERPURA-PURA MENCAPAI ORGASME untuk memuaskan hati suami mereka. Hanya 15% sahaja isteri yang mencapai orgasme lebih dari sekali dalam seminggu.
  • 78% daripada isteri mengaku mereka LEBIH SUKA DIBELAI-BELAI SAHAJA dari melakukan seks memandangkan mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.
 
Fakta ini dilihat serius dan kebanyakan suami hari ini tidak mengendahkan masalah mereka dan kurang berusaha untuk menyelesaikannya kerana disebabkan MALU atau EGO yang menebal walaupun semua permasalahan bermula daripada para suami. Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak. Persepsi mereka, seks adalah untuk keseronokan suami semata-mata. TIDAK TERCABARKAH EGO ANDA???
Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di bahu anda untuk memastikan nafkah ZAHIR & BATIN terhadap isteri anda dapat ditunaikan sebaiknya. Ramai dikalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berasa puas. Wahai suami! Renungkanlah sebentar… Anda tidak nampak dengan mata kasar keperluan batin isteri anda. Adakah nafkah batin dia mencukupi ataupun anda cuma melebihkan keperluan zahir sahaja dan terlepas pandang nafkah batin yang lebih mustahak?.

ANDA DIBELENGGU DENGAN GEJALA INI…??

ANDA BUNTU MEMIKIRKANNYA…??

ANDA MALU DAN SEGAN…??

ANDA MAHU PENYELESAIAN SEGERA..??

Jadilah Suami/isteri Idaman Sekarang!





RAWATAN MATI PUCUK

Jenis Rawatan Kelebihan Kekurangan / Kesan Sampingan
Rawatan Oral
* Sildenafil Citrate (Viagra)
* Cialis
* Levitra
- Efektif
* Memberikan kesan kepada 65% - 85% lelaki yang bermasalah
- Tidak kos efektif untuk jangka masa panjang (mahal)
* Boleh menyebabkan pening kepala
* Boleh meyebabkan muka menjadi merah (flushing)
* Sakit pada bahagian perut (Dyspesia)
Implan Zakar Kadar keberkesanan 81% - 90% * Komplikasi jangka panjang
- Mahal
* Jangkitan dan 'erosion'
* Pembedahan lanjutan perlu dilakukan untuk membuang implan tersebut
Pam Vakum * Selamat dan tidak melibatkan pembedahan
* Sedia digunakan untuk semua pesakit ED
* Boleh digunakan berulang - ulang kali
* Lebih murah daripada Implan Zakar
* Tidak menyakitkan
* Risiko Phimosis jika getah penambat pam dibiar melebihi 30 minit pada pangkal zakar
* Perlu mengepam sebelum persetubuhan ingin dilakukan
* Kurang selesa pada setengah penguna
* Getah penambat mudah terkoyak jika digunakan dengan cara yang kasar
Terapi Psikologi * Sesuai untuk pesakit ED secara psikologi
* Sesuai untuk orang yang mengalami masalah dipresi
* Doktor atau penyelidik perlu melakukan beberapa susulan janji temu untuk mendapatkan hasil
* Tidak boleh mengatasi masalah ED secara organik
* Terapi Suntikan Intracavernous
* Pembedahan Vaskular
* Kadar kejayaan yang tinggi
* 80%- 90% kadar kejayaan
* Rawatan secara dalaman
* Perlu pembedahan dan suntikan
* Menyakitkan
Terapi Fizikal
* Senaman Otot Lantai Pelvik2
* Senaman Aktiviti Fizikal Unik
* Solat
* Secara luaran
* Tidak menyakitkan dan tiada(sangat sedikit) risiko
* Jika rawatan berjaya, ereksi yang berlaku adalah secara semulajadi (berlawanan dengan kaedah lain)
* Pasakit perlu mempunyai /diberikan motivasi untuk menlakukan senaman
* Tempoh rawatan mengambil masa yang agak lama 3-6 bulan
Urutan Tradisional
* Teknik tradisional pada setengah budaya untuk mengatasi masalah ED
* Kaedah yang berjaya pada sesetengah individu
* Rawatan adalah secara luaran
* Terapi rawatan yang lebih kasual dan santai
* Perawat biasanya memberi tips untuk kesihatan seksual
* Kaedah ini memberi terapi yang positif pada pesakit
* Tidak mempunyai kesan sampingan seperti pengunaan ubat-ubatan
* Tidak semua pesakit pulih dengan cara ini
* Caj rawatan kadang-kadang terlalu mahal
* Perlu mendapatkan rawatan secara kerap untuk faktor kejayaan yang lebih tinggi
* Urutan boleh menyakitkan walau bagaimanapun tidak semua perawat mengurut di bahagian sensitif

 




Friday, 11 October 2013

PERGERTIAN NAFKAH BATIN DALAM ISLAM





Ibn Majah telah meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.

Huraian Hadith: 
Pengajaran hadis:

( BERSUMBER DARI JAKIM )

i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
 
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
 
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
 
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
 
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.



 DEFINISI NAFKAH


Secara bahasa النفقة   (nafkah) artinya sesuatu yang dibelanjakan sehingga habis tidak tersisa.


 

Sedangkan secara istilah syari’at artinya; mencukupi kebutuhan siapapun yang ditanggungnya, baik berupa makanan, minuman pakaian, atau tempat tinggal


Bila Suami Tidak Mampu Beri Nafkah Batin


Ada hak dan kewajiban bagi suami istri yang wajib dipenuhi. Bagi suami, ia berkewajiban memberikan nafkah lahir dan batin. Namun, ada kalanya hal itu tidak bisa berjalan dengan baik. Karena satu dan lain hal suami tak lagi mampu memenuhi nafkah batin, misalnya.
Penyebabnya bisa akibat sakit yang berkelanjutan atau hilangnya fungsi kejantanan (maaf, impoten). Kondisi tersebut, dalam beberapa kasus, bisa memicu disharmoni keluarga. Lantas, bagaimana pandangan fikih Islam menyikapi hilangnya kemampuan suami menaf kahi batin istrinya?

Syekh Kamil Muhammad ‘Uwaidah dalam bukunya yang berjudul Al Jami’ fi Ahkam An Nisa (Fikih Wanita) menjelaskan sikap dan pendapat para ulama fikih terkait hukum suami impoten.

Menurut Ibnu Hazm, bila suami tak lagi mampu memberikan nafkah batin maka tidak diperbolehkan bagi seorang hakim atau orang lain untuk menceraikan keduanya. Hal ini karena status perempuan yang ia nikahi tersebut masih istri sah. Bila berkehendak, suami memiliki dua opsi, yaitu antara mempertahankan pernikahannya atau menceraikan istrinya tersebut.

Pendapat ini merujuk pada riwayat yang dinukil dari salah seorang tabiin, yakni Sa’id bin al-Musayyib. Menurut tabiin yang wafat 94 H tersebut, pernikahan mereka bisa dipertahankan sampai batas waktu maksimal satu tahun.
Bila dalam kurun waktu itu kondisi suami membaik dan bisa kembali menafkahi batin, pernikahan boleh dilanjutkan dan jika tidak maka hendaknya keduanya diberi opsi cerai. Pendapat ini banyak diamini oleh sejumlah kalangan. Di antaranya, al-Auza’i, al-Laits, Hasan bin Hayyi, Abu Hanifah, Malik, dan Syafi’i.

Hak Isteri Menuntut Fasakh (cerai)

Islam sedia penyelesaian adil bagi jamin hak wanita dalam sesebuah perkahwinan

ANTARA tanggungjawab suami kepada isteri ialah menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah adalah hak isteri yang wajib ditunaikan suami menurut kemampuannya. Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid, (Juzuk 11, terjemahan, halaman 424) fuqaha’ sependapat nafkah wajib ke atas suami merdeka dan nafkah kepada isteri perlu selaras dengan ketaatannya.

Nafkah batin diakui fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang dan belaian. Firman Allah an-Nisa ayat 19 bermaksud, “dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) menurut cara yang ma’ruf (secara layak).”

Firman ini jelas menunjukkan hak nafkah batin isteri amat penting dalam perkahwinan. Isteri yang tidak mendapat hubungan seksual atau perhatian dan kasih sayang mudah hilang arah sekali gus membuka ruang untuknya melakukan maksiat. Suami patut menjadi pelindung kepada isteri dalam memberikan jaminan daripada segala keburukan dan kemaksiatan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 222, “Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangi mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu….” Hadis Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi 1218, daripada Jabir r.a. (hadis haji wada’), “Bertakwa kepada Allah dalam mengendalikan urusan perempuan (isteri). Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan isteri ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). Jika mereka melakukannya, pukul mereka dengan pukulan tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera).

Kewajipan kamu pula ialah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya iaitu kitab Allah.

Seterusnya Ibn Hazm dalam Kitabnya, al-Muhalla menyatakan wajib suami memberi nafkah batin (layanan) kepada isterinya sekurang-kurangnya satu kali suci daripada haid (sebulan sekali). Ayat al-Quran dan hadis serta pandangan ulama menunjukkan pentingnya tanggungjawab suami dari segi memberi nafkah zahir dan batin bagi menjaga kerukunan rumah tangga. Jika tidak perkahwinan akan hancur.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan suami atau isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab nafkah batin kepada pasangannya boleh memohon cerai fasakh. Namun peruntukan ini mensyaratkan pengabaian itu adalah tanpa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak lebih setahun.

Seksyen 53(1)(d) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, 2003 memperuntukkan, “Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu (d) suami atau isteri tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;”

Berdasarkan peruntukan itu, sesuatu perkahwinan boleh difasakhkan atas satu atau lebih alasan yang dinyatakan mengikut Seksyen 53. Jika memohon fasakh atas alasan dinyatakan di atas dan dibuktikan maka mahkamah ada bidang kuasa membubarkan pernikahan. Namun apa yang biasa timbul di Mahkamah Syariah hari ini terlalu jarang suami memohon fasakh atas alasan itu. Kebiasaannya wanita yang menggunakan peruntukan ini jika suami mengabaikan nafkah batin.

Tidak dinafikan, nafkah batin adalah soal peribadi dan rahsia mutlak wanita. Hanya isteri selain Allah mengetahui dia tidak bersama suami. Isteri harus bersumpah untuk membuktikan dakwaannya.

Fasakh atas alasan tidak menunaikan nafkah batin bersandarkan hukum syarak. Wahbah al-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, juzuk. 7, halaman 535, menyatakan peruntukan fasakh atas alasan suami tidak menunaikan nafkah batin dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Maliki. Menurut pendapat ini, tidak menunaikan nafkah batin diterima sebagai alasan memohon fasakh kerana dianggap penderaan terhadap isterinya. Penderaan merangkumi segala apa yang lahir daripada suami sama ada perbuatan, perkataan dan perbuatannya yang memudaratkan isteri dalam setiap keadaan walaupun suami tidak bermaksud menyakitinya.

Islam menegah perbuatan menzalimi kaum wanita. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 231 bermaksud, “Dan janganlah kalian pegang mereka (isteri )dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka.”

Daripada zahir ayat Allah memberikan panduan yang wajib diikuti suami supaya dapat bergaul dengan isteri secara baik. Kesimpulannya, jika perkahwinan tidak lagi mendatangkan kebaikan, malah menimbulkan kemudaratan terutama berkaitan nafkah batin, ia wajar dibubarkan. Jika isteri reda ia tidak menjadi suatu masalah, jika sebaliknya wajar dielak supaya isteri tidak terdedah melakukan maksiat. Islam menyediakan penyelesaian ini bagi memastikan kemaslahatan umatnya terjaga dan terjamin. Undang-undang yang digubal turut mengambil kira faktor ini untuk menegakkan keadilan tanpa ‘bias’ kepada lelaki atau perempuan